Ish!
Ish! Ish! Siapa yang percaya cerita ni? Mana mungkin PKR akan membunuh
perjuangan PAS yang suci dan luhur nak mempertahankan Islam tu.
Tindakan Kerajaan PKR yang tak bagi PAS jaga Hal Ehwal Islam ni sebab PAS sendiri yang mengugurkannya dari perjuangan mereka.
PAS sekarang nak jaga Kebajikan rakyat je. Diorang bukan nak memperjuangkan Islam seperti mana yang diorang katakan dulu.
Jadi,
memang patut sangat la kalau PKR tak bagi Exco baru yang mewakili PAS
untuk jaga hal ehwal Islam ni. Yang diorang mampu ialah jadi Jaga Adat
Resam je!!!
ALOR SETAR: Baru sehari wakil PAS Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, parti Kita Kedah mendakwa parti Islam itu terlalu tunduk kepada PKR.“PKR dilihat merampas tugas EXCO Agama yang selama ini dipegang oleh PAS. Tidakkah ahli PAS nampak perkara ini,” kata Ketua Penerangan Wan Rosli Omar.Beliau mengulas pelantikan Dr Ahmad Yunus sebagai exco di Istana Kayangan, Shah Alam semalam.Adun Sijangkang itu menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat PAS baru-baru ini.`Rumah tangga’ PASBagaimanapun, portfolio Hal Ehwal Islam, Insfraktur dan Kemudahan Awang yang sebelum ini dipegang Dr Hasan telah diambil oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Wan Rosli mendakwa PKR seakan tidak lagi mempedulikan pandangan serta dengan sewenangnya boleh campur tangan dalam hal “rumah tangga” PAS.“Perbuatan sebegini juga berlaku di Kedah tapi tidak seteruk Selangor, kerana Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya mengekang anasir-anasir dalaman.“Jika PAS terlalu tunduk pada PKR, Kita Kedah percaya ahli PAS akan beralih sokongan terutamanya di negeri Selangor,” tambah beliau.







0 comments:
Post a Comment