
Apalah Bernard Dompok jadi menteri dan ahli politik puluhan tahun masih tak faham-faham. Kuasa menentukan hari pilihanraya, jumlah hari kempen dan penamaan calun terletak bawah kuasa "otonomi" SPR.
Dato Najib hanya boleh bubar Parlimen dan terpulang SPR menentukan tarikh-tarikh dan hari-hari mengikut ketetapan undang-undang dalam 60 hari.
Semuanya kerajaan, PM dan di Sabah, kucing naik pokok pun nak salahkan kerajaan pusat. Yang jadi wakil rakyat, Menteri dan ketua Menteri adalah orang Sabah. Yang urus hasil mahsul negeri melainkan minyak adalah orang Sabah.
Yang silap orang Sabah ye ...
Kami orang Semenanjung pun berkorban untuk Sabah ... tanpa dari Semenanjung, tak cukup guru, polis, askar, pensyarah, pelajar masuk asrama penuh dan Universiti di Sabah, profesyenal, dll.
Tanpa mereka, Sabah boleh lumpuh perkhidmatan asas. Ketika kewangan Sabah teruk, kerajaan Pusat dan penyumbang kepada negeri sabah adalah negeri-negeri seperti Melaka yang ada surplus walaupun tak sebesar Sabah dan tak sebanyak sumber Sabah.
Pendik kata, ianya terpulang kepada kepandaian dan kematangan orang Sabah mengurus sumber-sumber mereka.






0 comments:
Post a Comment